Kevin Morais, Novel Baswedan penerima anugerah Antirasuah Antarabangsa

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF), di sini malam ini.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata anugerah itu adalah lambang penghargaan PIACCF kepada semua pegawai berani yang telah menderita dalam menegakkan integriti mereka.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua di seluruh dunia yang telah berkorban masa, nyawa dan komitmen dalam menamatkan ancaman rasuah,” katanya.

Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, telah diculik dan dibunuh secara tragik di antara 4 dengan 16 Sept 2015 ketika menyiasat skandal rasuah. Beliau berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Peguam Kanan Persekutuan dari tahun 2004 hingga 2015.

Adik mendiang Datuk Richard Morais menerima anugerah itu bagi pihak abangnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here