MIC AKAN MENUNTUT HAK SUARA KAUM INDIA- TAN SRI VIGNESWARAN

Kuala Lumpur, Sept 3

Dalam kabinet baharu yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini, parti MIC hanya diberi satu jawatan menteri penuh. Tiada tawaran jawatan timbalan menteri diberikan. Ini mencetuskan kekecewaan di kalangan masyarakat India. Walaupun terdapat komen dan kritikan negatif dari dalam dan luar parti.

“MIC tidak akan membiarkan haknya dalam apa-apa keadaan pun” kata Vigneswaran.

Sebaliknya, MIC sebagai gabungan parti Perikatan Nasional itu,Viknesvaran berkata beliau akan mengadakan perbincangan dan membawa isu ini secara perlahan dan mecarikan peluang bagi masyarakat,  kata semalam.  

Dia juga menegaskan bahawa anti parti dan demonstrasi bukan jalan penyelesaian bagi kesejahteraan sejagat bangsa. Melainkan hanya menelusi hubungan dan persahabatan yang kukuh dalam parti dapat menjaminkan jawatan, peluang dan hak bersuara bagi kaum India.

Dato Seri M. Saravanan Naib Presiden kebangsaan parti itu telah dilantik semula sebagai Menteri Sumber Manusia. Beliau mendukung kementerian yang mempunyai tanggungjawab yang besar lagi penting pada masa pandemik di mana harus mengaturkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan bantuan sara hidup kepada mereka yang terkesan.

Di bawahnya kementerian juga terdapat pelbagai organisasi melaksanakan projek dan dana untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Vigneswaran juga turut bertambah kerajaan berpuashati dengan perkhidmatan dan sumbangan yang diamalkan oleh Dato Seri Saravanan.

MIC menghadapi kerugian besar pada pilihan raya umum yang lalu kerana kemurkahan dan ketidak puas hatian kalangan India terhadap parti ini. Tetapi kini scenario telah berubah kepada lebih positif dimana kaum India mempunyai harapan dan keyakinan terhadap parti MIC.

Masyarakat harus sedar sepenuhnya bahawa suara dan hak kita hanya akan didengar jika perwakilan kita di parlimen meningkat.

Kami hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen sekarang. Dia terus berkata bahawa politik semasa telah jelas meneliti bahawa berpegang pada pemberontakan dan demonstrasi tindakan yang tidak sihat bagi parti dan masyarakat.

Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ismail Sabri Yacoob, gembira dan berpuas hati dengan sokongan kami. Dia berjanji pasti akan mempertimbangkan tuntutan kita tanpa keraguan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here