Lelaki mati dihancurkan lori tanah

Sungai Siput: Penunggang motosikal berusia 60 tahun meninggal dunia digilis lori tanah pada kemalangan di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran lampu isyarat Jalan Lintang di sini, jam 8.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga lelaki berseorangan menunggang Modenas.

Hasil siasatan awal, mangsa yang datang dari arah Lintang membelok ke kanan menghala Kuala Kangsar sewaktu lampu isyarat merah. Ia menyebabkan lori tanah yang dipandu lelaki berusia 30-an tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh dan menggilis mangsa, katanya dihubungi.

Menurut beliau, ketika kejadian juga, lampu isyarat daripada arah lori tanah berkenaan menunjukkan warna hijau. Bagaimanapun, pemandu lori tanah itu ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here