SINDIKET CURI MOTOLORI DI GOMBAK BERJAYA DITAHAN

Gombak, Sept 21-

Pihak polis berjaya menahan sekumpulan warga tempatan dalam kes curi lori. Bertindak atas maklumat risikan, Bahagian risikan jabatan  siasatan jenayah Bukit Aman telah menjalankan beberapa siri tangkapan dan rampasan di daerah Gombak pada 18 Sept yang lalu.

Lelaki berbangsa India yang berusia 39 hingga 41 tahun yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau ditahan  setelah memberhentikan motolori yang dipandu di tepi jalan di Alam Budiman, Shah Alam.

Suspek pertama yang ditahan mencuri motolori dan disahkan mempunyai 11 kes di bawah seksyen  379A KK, pelbagai kesalahan dadah manakala suspek kedua pula ditangkap berdasarkan maklumat yang diberikan oleh suspek pertama di kawasan perindusrtian Rawang dan merupakan pembeli motolori. Suspek kedua mempunyai 4 kes sek 379A KK dan pelbagai kesalahan dadah. Manakala suspek ketiga ditangkap. Suspek ketiga mempunyai 6 kes 379A KK dan akta kesalahan-kesalahan kecil 1955.

Rampasan juga melibatkan sejumlah tiga buah motolori yang dicuri, 12 buah motolori, sebuah forklift, dua bongkah enjin yang terdapat kesan gangguan (tampered) pada nombor casis dan nombor enjin telah dirampas.

Polis juga merampas muatan motolori yang mengandungi pelbagai jenis barangan kiriman ‘shopee’ yang telah dilaporkan hilang. Laporan polis sedang disemak bagi mengenalpasti penglibatan ahli-ahli sindiket ini. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah rm 2,809,300.00.

Hasil siasatan dipercayai  sindiket mencuri motolori dan dalam perjalanan mereka akan membuang gps dan mencari pembeli. Setelah itu mereka akan mengubahsuai nombor casis dan nombor enjin, dengan nombor lain (tampered) untuk kegunaan sendiri dan pihak lain.

Dua orang suspek telah ditahan reman di bawah seksyen 117 kanun prosedur jenayah di ibu pejabat polis daerah Subang Jaya dan seorang suspek ditahan reman di ibu pejabat polis di daerah Gombak untuk siasatan lanjut. Kes  disiasat di bawah seksyen 379A kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sek 29(1) akta kesalahan-kesalahan kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Tangkapan dan rampasan ini merupakan satu sindiket curi motolori di sekitar lembah klang. Dato Sri Abdul Jalil bin Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkata akan berkesan  saki baki ahli kumpulan dan diambil tindakan selanjutnya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi pegawai ASP Mohd Norsham bin Yunus di talian 019-2905965.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here