Kementerian Kesihatan melaporkan 14,554 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,171,232 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,825 kes.
Ia disusuli Selangor dengan 2,244 kes, Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231), Perak (1,144), Kelantan (910), Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65) dan Putrajaya (30). Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.