Covid-19 kematian 258

Sebanyak 258 kematian dilaporkan setakat semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 25,695 kes. Jumlah kes kematian harian juga melebihi angka 200 untuk empat hari berturut-turut.

Jumlah kematian pada September adalah yang terburuk sejak pandemik melanda, menyebabkan Malaysia tercorot di Asia daripada aspek jumlah kematian perkapita.

Daripada jumlah kematian semalam, sebanyak 29.1 peratus (75 orang) meninggal sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 56 orang atau 21.7 peratus.

Johor mencatatkan angka yang tidak kurang banyaknya dengan 53 kes. Kematian bagi neger-pnegeri lain seperti berikut: Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang(21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan (5), Pahang (5), Perak (5), Melaka (4), Terengganu (4), Perlis (2) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Labuan and Putrajaya. Secara keseluruhan, sebanyak 119 daripada 258 kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih dari seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam susulan kelewatan laporan data. Dalam tempoh 30 hari, purata 330 kes Covid-19 dilaporkan berbanding purata 279 kes untuk minggu ini. Ia memberi petanda trend pengurangan.

Sebanyak 9,040 kes dilaporkan sepanjang bulan ini. Pada Ogos sebanyak 7,642 kematian dilaporkan, 3,858 pada Julai, 2,380 pada Jun dan 1,302 pada Mei.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here