Tarik balik dan tambahkan seri nombor ekor atau hadapi ‘tentangan yang lebih besar’, kata Ahli Parlimen PAS

Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambahkan cabutan khas nombor ekor. Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun. Walaupun ada hujah mengatakan pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan.

Kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan kerana judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat, katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here