Covid-19 kematian 121

covid

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 121 kes kematian semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub. Daripada jumlah itu, 28 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah angka 26,456.

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 25 kes, diikuti Johor dan Sabah, masing-masing 17; Selangor dan Kelantan, masing-masing 15; Perak dan Kuala Lumpur, masing-masing tujuh; Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing enam; Perlis (tiga), Terengganu (dua), serta Pahang (satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Melaka, Labuan dan Putrajaya. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 160,413 kes aktif direkodkan, termasuk 900 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 488 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 15,891 kes sembuh turut dilapidation. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah angka 2,257,584.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here