Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 9,751 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,323,478. Semenanjung Malaysia melaporkan 7,705 kes baru atau 79.0 peratus manakala Sabah dan Sarawak mencatat 2,046 kes baru atau 21.0 peratus.
Mengikut perincian data di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang mneyumbang kepada 2,154 kes baru atau 28.0 peratus manakala negeri-negeri semenanjung lain menyumbang kepada 5,551 kes baru atau 72.0 peratus. Selangor merekodkan kes tertinggi hari ini, dengan jumlah 1,796 jangkitan baru. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam 8 hari bagi negeri tersebut.
Selangor – 1,796 (687,966), Sarawak – 1,339 (222,381), Sabah – 705 (204,193), Johor – 864 (203,796), WPKL – 313 (187,864), Kedah – 578 (139,630), Pinang – 632 (135,800), Kelantan – 1,052 (123,587), Perak – 643 (107,806), Negeri Sembilan – 243 (98,687), Pahang – 551 (69,526), Terengganu – 650 (61,034), Melaka – 244 (60,314), WP Labuan – 2 (9,984), WP Putrajaya – 45 (6,394), Perlis – 94 (4,516)





















