17 motosikal yang terbakar di PPR Batu Muda

Kuala Lumpur: Sebanyak 17 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kejadian jam 2.49 pagi.

Komander Operasi Muhamad Irwan Yaakob berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi. Kebakaran membabitkan 17 motosikal membabitkan masing-masing enam jenis Yamaha dan Honda, masing-masing dua jenis Suzuki serta Modenas manakala satu jenis Benelli.

Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.13 pagi. Tiada mangsa terbabit kejadian itu,katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here