Banjir kilat landa 25 kawasan di JB

Kuala Lumpur, Dis 07.

Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat selepas hujan lebat petang tadi.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata setakat 3.40 petang tadi, 25 lokasi di sekitar Johor Bahru terjejas banjir kilat disebabkan hujan lebat dan air laut pasang. MBJB menerusi catatan Facebooknya berkata, skuad kilat dikerahkan bagi memastikan laluan air berfungsi dengan baik selepas menerima laporan kenaikan air sekitar 2 petang.

Adun Larkin Hairi Mad Shah berkata 25 kawasan terjejas itu termasuk Dataran Bandaraya Johor Bahru, Jalan Air Kolam, Jalan Ayer Molek, Jalan Bilal Mahmood, Jalan Dato Sulaiman, Jalan Ibrahim Sultan, Jalan Ismail Sultan, Jalan Lurah 3, Jalan Mahmoodiah dan Jalan Mohd Amin.

Kawasan lain ialah Jalan Padi Makmur, Jalan Serigala, Jalan Stulang Darat, Jalan Tebrau, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 2), Jalan Tun Abdul Razak (Susur 3) dan Jalan Yahya Awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here