Usahawan kosmetik buruan Malaysia mendakwa dia dikasari dan dicabul oleh penguat kuasa agama semasa berada di ngara ini. Dakwanya, perkara itu berlaku di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Januari selepas diminta memberi keterangan terhadap aduan diterima mereka.
Dia mendakwa sekurang-kurangnya tiga orang lelaki menendang, menekannya dan meraba buah dadanya. Sajat berkata demikian dalam wawancara dengan New York Times yang disiarkan semalam. Seorang pegawai Jais ketika dihubungi berkata mereka terbuka untuk sebarang siasatan dan menyerahkkannya kepada pihak polis.




















