Lima pengusaha bot pelancongan didapati positif dadah

Mersing: Lima operator bot pelancong berusia 22 hingga 33 tahun ditahan selepas didapati positif dadah menerusi operasi dijalankan anggota polis, di sini, malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi dijalankan susulan insiden dua lelaki didapati positif dadah dan mengendalikan bot secara berbahaya di perairan Mersing berhampiran Pulau Rawa, Rabu lalu.

Beliau berkata, operasi dilancarkan untuk membuat saringan terhadap semua operator bot di Mersing yang akan membawa penumpang. Seperti mana kita sedia maklum, kita jangkakan ramai pelancong akan gunakan khidmat bot di Mersing, jadi polis tidak mahu penumpang merasa tidak selamat.

Lima operator yang positif dadah ini disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah berbahaya 1952, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing Hadir sama, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing.

Ayob Khan berkata, dalam operasi itu, seramai 92 pemandu bot dan kru pelancongan diarahkan melakukan ujian saringan air kencing dan saringan Covid-19. Ini semua kita lakukan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan, katanya. Beliau berkata, pihaknya turut mengenalpasti 30 jeti haram di sekitar perairan Mersing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here