Pemandu maut dihempap jengkaut terbalik

Seorang lelaki warga asing maut selepas jengkaut yang dipandunya terjatuh sebelum terbalik di kawasan berbukit setinggi 24m di kawasan Dusun Eco Resort di Bentong, Pahang semalam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu pemandu jengkaut berusia 28 tahun berkenaan dihempap dan tersepit di bawah jentera berat berkenaan.

Beliau berkata, seramai lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.10 petang. “Pemandu jengkaut didapati tersepit di bawah jentera berat berkenaan dan bomba melakukan kerja-kerja mengorek tanah untuk mengeluarkan mangsa.

Operasi tamat pada 9.26 malam selepas mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan, katanya menurut laporan Kosmo. Ismail berkata, mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here