“Telah bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengucapkan tahniah kepada beliau,” ciapnya di Twitter.
“Saya yakin hubungan yang telah lama wujud dan kepelbagaian antara Singapura dan Malaysia akan terus berkembang di bawah kepimpinannya dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Sementara itu, Lee dalam catatan di Facebooknya berkata kali pertama beliau bertemu Muhyiddin pada 1985.
“Saya mengiringi Dr Tony Tan, yang ketika itu adalah Menteri Perdagangan dan Perusahaan, ke KL untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN. Tan Sri Muhyiddin ketika itu adalah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan beliau menyambut kami di lapangan terbang.
“Sejak itu, kami mempunyai banyak peluang untuk bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin, kedua-duanya di peringkat Persekutuan dalam pelbagai jawatan Kabinetnya dan ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor,” catat beliau.