Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 5,434 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Ini merupakan angka terendah setakat ini direkodkan sejak 28 Jun lalu di mana sebanyak 5,218 kes jangkitan dicatatkan. Dalam kenyataan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes jangkitan kini mencecah angka 2,396,121.