Bayi siapakah ini?

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang dijumpai oleh orang awam berhampiran rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan, di sini, 7 September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban , Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi berusia 36 hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001.

JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 untuk melakukan siaran atau hebahan di akhbar, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, JKM ingin mengesan waris kepada bayi berkenaan bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman 06-6015798, katanya. Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan, 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam kenyataannya berkata, polis menerima maklumat berkenaan penemuan bayi terbabit pada jam 11.52 pagi daripada seorang lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here