Diskaun 15 peratus bayaran balik pinjaman PTPTN

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November ini hingga 30 April 2022. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia membabitkan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here