Pembelian Beras Dihadkan

Kuala Lumpur, Sep 8
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu atau syarikat berkuat kuasa serta-merta.
Penetapan dibuat mengikut Peraturan 10(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 itu sebahagian daripada usaha kementerian untuk mengatasi gangguan bekalan beras terbabit di pasaran.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata keputusan itu mengambil kira gangguan bekalan BPT yang dikenal pasti berpunca daripada pembelian secara pukal, terutama dalam kalangan peniaga. Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati segelintir peniaga membeli BPT sehingga 600 kampit untuk menjimatkan kos dan mengaut keuntungan mudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here