446 mangsa banjir di Kedah pagi ini

Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah iaitu masing-masing melibatkan tiga PPS di daerah Baling manakala selebihnya di Pokok Sena. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS di Baling itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Putera, SK Pulai dan SK Keda manakala di Pokok Sena ialah PPS Surau Permatang dan Masjid Sungai Durian.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah setakat pagi ini ialah seramai 446 orang daripada 139 keluarga termasuk mereka yang ditempatkan di PPS sedia ada di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah yang dibuka di daerah Pendang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pagi ini, tujuh PPS di Baling menempatkan seramai 234 mangsa daripada 80 keluarga dan 36 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di dua PPS di Pokok Sena manakala 176 orang daripada 45 keluarga berada di PPS yang dibuka di Pendang, katanya. Empat lagi PPS di Baling merangkumi SK Tanjung Pari, SK Siong, Dewan Orang Ramai Banggol Derom dan SK Titi Gantung. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here