Covid-19 kes baru 4,979

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,979 kes baru Covid-19 dengan kes kumulatif kini berjumlah 2,471,642. Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+46.4 peratus), Terengganu (+29.2 peratus), Kedah (+26.5 peratus), Melaka (+26.2 peratus) dan Kuala Lumpur (+23.0 peratus). Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 30) di mana 5,854 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,401), Sabah (650), Sarawak (646), Kelantan (450),
Johor (435), Pahang (350) Kedah (345), Kuala Lumpur (309), Pulau Pinang (270),
Terengganu (266), Perak (231), Melaka (223), Negeri Sembilan (213), Perlis (35),
Putrajaya (29).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here