Batu Pahat, Okt-
Bas ekspres membawa sembilan penumpang yang dilaporkan terbakar di Kilometer 78.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), tengah malam tadi, merempuh belakang lori.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata siasatan polis mendapati bas ekspres terbabit bergerak dari Terminal Larkin Sentral, Johor Baheru dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi pemandu bas terbabit dilaporkan tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang sebuah lori.
“Akibat rempuhan itu, bas berkenaan terbakar di lokasi kejadian. Pemandu bas, lelaki warga tempatan berusia 47 tahun dan penumpang bas terdiri sembilan orang berusia antara 28 hingga 48 tahun cedera ringan.




















