Mahkamah S’pura membenarkan penangguhan Nagaentran

Nagaentran

Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan dalam pelaksanaan hukum sampai mati ke atas Nagaenthran K Dharmalingam. Warganegara Malaysia itu, sedang merengkuk di Penjara Changi sementara menunggu dirinya digantung pada Rabu (10 November) ini atas kesalahan mengedar dadah.

Semakan perlembagaan itu didengar menerusi zoom hari ini, dua hari sebelum hukuman. Pada perbicaraan itu, peguamnya mencabar hukuman mati berkenaan dengan hujah bahawa adalah tidak mengikut undang-undang untuk menggantung seseorang yang kurang upaya intelek.

Peguam Nagaentran di Singapura, M Ravi menyiarkan keputusan tersebut di Facebook. Mahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu pendengaran rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Singapura), tulisnya.

Ravi kemudian menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi telah menolak semakan kehakiman itu tetapi membenarkan permohonan rayuan. Sehingga Mahkamah Rayuan mendengar kes itu dan menyampaikan keputusan, penangguhan pelaksanaan akan dilaksanakan. Sementara itu, peguam Nagaentran di Malaysia, N Surendran berkata dia lega dengan keputusan itu.

Ini kelegaan yang amat besar. Abangnya Navinkumar telah menunggu melalui telefon di hotel Singapura sejak jam 2 petang. Dia berkata dia berasa seperti mahu menari dan amat gembira Ia adalah usaha luar biasa oleh aktivis, peguam, orang ramai (dan) semua di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia katanya. Nagaenthran ditahan pada 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram heroin ke Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here