Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksana selama 10 tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penggal pertama bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2025, manakala penggal kedua bermula pada tahun 2026 dan akan berakhir pada 2030. Beliau berkata, agenda itu membabitkan empat teras utama, 10 strategi dan 24 inisiatif.

Empat teras utama adalah memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dan memantapkan kebersihan persekitaran.

Katanya lagi, kerajaan bertanggungjawab merangka hala tuju, strategi dan initiatif ANMS, manakala pihak swasta serta badan bukan kerajaan adalah penggerak kepada strategi dan usaha yang telah dirangka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here