Covid-19 kes baru 5,143

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,143 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,551,452. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 7 hari, sejak November 8.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 9.5 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+129.5 peratus), Melaka (+59.6 peratus), Kedah (+28.8 peratus), Negeri Sembilan (+20.3 peratus), Perak (+16.3 peratus), Johor (+15.1 peratus) dan Selangor (+12.3 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 14) di mana 5,162 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,266), Kelantan (499), Sabah (442), Johor (432), Kedah (366), Pulau Pinang (325), Pahang (313), Sarawak (299),
Kuala Lumpur (278), Perak (258), Melaka (216), Terengganu (200),Negeri Sembilan (174), Putrajaya (66), Labuan (17) ,Perlis (11).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here