JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA,TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022. Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 pada 15 November 2021, KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian SPM, STAM dan UPBA seperti di Lampiran 1 hingga 4. Senarai lampiran seperti berikut:

a) Lampiran 1 :

Jadual Waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Mendengar Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan Ujian Amali Sains Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

b) Lampiran 2 :

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

c) Lampiran 3 :

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2021.

d) Lampiran 4 :

Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa Tahun 2021. Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai 17 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak
COVID-19. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here