Maszlee sah sertai PKR

Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik sah menyertai PKR sebagai wadah politik barunya, hari ini. Hal itu diumumkan Maszlee dalam satu majlis penyerahan borang keahlian di Simpang Renggam yang dihadiri Presiden PKR Anwar Ibrahim. Pada hari ini, saya membawa mesej kepada orang-orang muda dan yang seusia dengan saya, bahawa harapan masih belum pudar. Kita masih punya harapan untuk bangkit semula dan membawa perubahan.

Maka atas dasar inilah, saya seperti anda semua, rakyat biasa, rakyat marhaen, yang inginkan perubahan, membuat keputusan yang besar untuk bersama PKR, katanya disertai sorakan reformasi oleh penonton yang hadir. Hari ini, saya, ahli keluarga saya, para penyokong, keluarga besar Simpang Renggam akan mengundi, dan 500 rakyat Simpang Renggam akan menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai PKR, katanya lagi.

Majlis itu turut menyaksikan Maszlee menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, berbalas penyerahan replika kad keahlian PKR kepada Maszlee, diakhiri Maszlee menyarung baju t-shirt PKR berwarna biru muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here