Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,528 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,735,241. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 18.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 23) di mana 3,510 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (951), Johor (398) Kelantan (345), Pulau Pinang (222), Terengganu (213), Kuala Lumpur (210), Kedah (207), Perak (206), Pahang (194), Sabah (161), Negeri Sembilan (153), Melaka (150), Sarawak (35), Putrajaya (29), Perlis (29), Labuan (7).