Dua maut termasuk Mohana Krishnan, yang pergi membantu pemandu lori yang kehabisan

Seorang pemandu lori dan lelaki yang membantu mengisi minyak kenderaannya maut selepas dirempuh sebuah treler di Kilometer 241.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, dekat sini, tengah malam tadi. Mangsa, Saifuddin Abdullah, 50, yang bekerja sebagai pemandu lori dan R Morgana Krishnan, 49, yang bekerja sendiri disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kejadian jam 12.30 tengah malam itu membabitkan tiga jenis kenderaan, iaitu sebuah lori, motosikal dan treler. Siasatan awal mendapati pemandu lori sedang berhenti kerana kehabisan minyak di lorong kecemasan dan dibantu Morgana Krishnan yang datang membawa botol minyak.

Kemudian datang sebuah treler dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang merempuh kedua-dua mangsa yang berdiri di sebelah kanan lori berkenaan menyebabkan menyebabkan kedua-duanya melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah di bahagian badan dan kepala dan mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat. Bagaimanapun treler berkenaan meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan usaha untuk mengesan pemandunya sedang dijalankan. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here