4 mayat ditemukan terapung, disyaki ada unsur jenayah

Lumut: Mayat tiga wanita dan seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Pulau Sembilan dekat Bagan Datuk, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, maklumat penemuan empat mayat berkenaan diterima daripadakomuniti maritim pada 9.05 pagi.

Menurutnya, susulan itu pihaknya mengarahkan Kapal Maritim (KM) Nyalau yang melaksanakan rutin rondaan ke lokasi sebelum menemukan mayat berkenaan pada 2.08 petang.Sehingga kini, APMM tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang jatuh di laut atau permohonan bantuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here