Kuala Lumpur, Dis-
Seramai 512,518 wanita mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun ini mengikut Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekali gus berjaya mencapai sasaran 100 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO, Kasthuri Patto berkata jumlah itu membabitkan nilai keseluruhan caruman sebanyak RM61.5 juta.
Katanya, meskipun akta berkenaan menyatakan mengenai suri rumah, ia turut terbuka kepada wanita bujang, sudah bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal serta wanita bekerjaya.a
“Dengan hanya mencarum RM120 setahun, golongan wanita ini akan menerima manfaat seperti perlindungan bencana domestik sekiranya mereka mengalami kemalangan atau insiden ketika menjalankan tanggungjawab dan urusan di rumah.
“SKSSR turut melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran. Faedah perlindungan bencana domestik termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis serta pencen penakat.
“Malah, SKSSR ini turut melindungi wanita yang ditimpa kemalangan atau kecederaan lain ketika sedang bercuti dalam negara,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.