Akhirnya Gary Neville Bercakap Depan Kamera

Bekas pemain Manchester United yang juga pernah menjulang 8 kali gelaran Liga Inggeris, Gary Neville akhirnya bercakap di depan kamera selepas didakwa ‘hilang’ sejak Liverpool ditabal sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam temubual di saluran Sky Sports sebelum perlawanan Manchester United menentang Brighton awal pagi tadi, Gary turut menzahirkan bahawa Jurgen Klopp telah berjaya menyelesaikan tugasnya di Liverpool dengan satu musim yang hebat.

Gary sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Manchester United akan memenangi kejuaraan liga sekali lagi sebelum Liverpool berjaya tamatkan kemarau 30 tahun yang menjadi bualan di media sosial selepas Liverpool ditabal sebagai juara.

Gary Neville sering berdebat dengan ‘rakan baik’nya iaitu bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher mengenai pasukan siapa yang lebih hebat. Ternyata untuk 2 musim ini Liverpool berada di puncak prestasi.

  Liverpool berjaya menamatkan kemarau 30 tahun juara liga musim ini dengan memenaginya ketika liga berbaki 7 lagi perlawanan dan menjadikan Liverpool juara liga paling awal memenanginya setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here