Perlahankan Omicron, elak sistem kesihatan lumpuh – Khairy

Kerajaan bertungkus-lumus memperlahankan penularan gelombang Omicron bagi menangani risiko sistem kesihatan awam menjadi lumpuh.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika menegaskan perkara itu berkata gelombang varian membimbangkan (VOC) seperti diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkemungkinan besar akan mula di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia meletakkan sandaran kepada beberapa ‘perisai’ ampuh seperti memperluaskan liputan dos penggalak, pemakaian pelitup muka dan sistem pengudaraan yang baik sebagai antara langkah memperlahankan penularan Omicron.

“TRIIS (uji, lapor, pengasingan, maklumkan, dapatkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa juga antara langkah yang diambil kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here