Sungai Besar, Jan-
Polis sudah menahan seorang lelaki berpakaian seperti mumia yang berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena menghala ke pekan Sungai Besar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta, berkata polis mengesan perbuatan itu berdasarkan video yang tular di laman sosial, kira-kira jam 10 pagi.
“Bertindak atas maklumat, polis menahan individu berusia 25 tahun itu di Parit 6.”Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mengalami masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Robin berkata, polis kemudian membawa individu itu ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut dengan ditemani waris.
Terdahulu, seorang individu yang berjalan kaki dalam keadaan berbalut seperti mumia, menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya,semalam.
Difahamkan, gelagatnya dilihat bersahaja dengan muka yang tidak kelihatan berjalan di tengah jalan raya tanpa mempedulikan keselamatan sendiri.





















