Kepala Batas, Sep 20.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan giat melaksanakan langkah intervensi bagi menampung kekurangan beras tempatan sebelum bekalan kembali stabil sebulan lagi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu turut dilakukan pihaknya ketika proses menstabilkan bekalan ayam dan telur yang turut menghadapi masalah sama.
Berikutan itu, katanya, rakyat diminta tidak membuat pembelian panik berikutan khuatir bekalan beras tempatan tiada di pasaran kerana masalah kekurangan yang berlaku sedang diatasi segera.
Harga beras tempatan dalam kawalan (pihak kerajaan) dan setakat ini pihak pemborong dan pengilang memberi kerjasama untuk mencukupkan bekalan dalam pasaran.
Disyorkan Untuk Anda
Beliau berkata, pihaknya memahami rakyat memilih untuk mendapatkan beras tempatan memandangkan kenaikan mendadak beras import yang dialami seluruh dunia.























