Umrah tangguh, jaga hidup

Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa Sabtu ini, untuk menjaga nyawa rakyat, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan KKM itu, yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mesyuarat Khas Kabinet, esok.

“KKM akan bentang isu COVID-19, terutama berkaitan penularan varian Omicron termasuk keputusan yang dibuat mengenai umrah dalam Mesyuarat Khas Kabinet. Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah. Cuma, saya nak maklumkan tindakan Kementerian Kesihatan lebih kepada nak jaga nyawa kita. Apa-apa pun esok saya mahu dapat laporan terperinci dahulu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here