Kuala Lumpur, Jun-
Rakaman kamera papan pemuka yang didakwa melibatkan nahas maut mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memaparkan bas dipandu laju sehingga terbabas merempuh penghadang jalan.
Ketua Polis Perak Noor Hisam Noordin, berkata pemilik rakaman itu sudah tampil menyerahkan ‘bukti penting’ berkenaan untuk diteliti pegawai penyiasat.
“Ya, setakat ini rakaman ‘dashcam’ telah diserahkan. Kami serahkan kepada pegawai penyiasat untuk meneliti rakaman tersebut dan kenyataan daripada pemilik akan diambil,” katanya menurut Harian Metro di di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Beliau berkata, rakaman tersebut boleh membantu menjelaskan beberapa perkara penting termasuk kelajuan bas dan keadaan jalan semasa kejadian.
“Setakat ini hanya rakaman dashcam yang kita ada. Rakaman itu jelas menunjukkan bagaimana bas tersebut dipandu laju, dan lebih memburukkan keadaan, penghadang jalan menembusi badan bas dari bahagian depan,” katanya.
Hisam berkata, kejadian berkenaan menyebabkan penumpang di sebelah kiri bas antara yang maut memandangkan penghadang terus menusuk ke tempat duduk penumpang.
“Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami kecederaan di bahu kiri selepas tercampak dari bahagian kanan ke kiri apabila bas terbalik,” katanya.
Dalam rakaman tular berdurasi 38 saat, bas dikatakan itu dipandu laju dan cuba memotong sebuah kereta sebelum terbabas lalu melanggar bahagian belakang Perodua Alza.
Apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa mangsa yang terselamat bahawa bas dipandu laju dan terdapat bau hangit, Hisam berkata, polis juga akan mengambil kenyataan mereka.Hisam berkata, kejadian berkenaan menyebabkan penumpang di sebelah kiri bas antara yang maut memandangkan penghadang terus menusuk ke tempat duduk penumpang.



















