3,175 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,175 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,792,035.  Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.  Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 10) di mana 2,641 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (666), Johor (278), Kedah (265), Kuala Lumpur (262), Kelantan (197), Pahang (193), Pulau Pinang (165), Sabah (161), Melaka (123), Perak (116), Terengganu (88), Negeri Sembilan (83), Putrajaya (30), Sarawak (7), Labuan (5), Perlis (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here