Motosikal terbakar dalam nahas-Lelaki maut

Ipoh, Jan-
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 343 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Bidor, awal pagi ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan dan motosikalnya turut terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.24 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Suzuki Raider 150 dan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard yang mengakibatkan kebakaran pada motosikal tersebut musnah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here