Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kini menjalani kuarantin kendiri di rumah apabila disahkan positif Covid-19. Menurutnya, ia berdasarkan laporan ujian PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang diterimanya dan menjalani kuarantin kendiri sejak 6 Februari lalu.
“Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), Alhamdulillah kami dalam keadaan baik,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.
“Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi. Syukur, kami semua berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap supaya kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insya-Allah,” katanya. Katanya, dia sekeluarga juga mengemaskini status harian menerusi MySejahtera termasuk video latihan pernafasan dan penggunaan oksimeter yang betul.





















