Sunday, October 1, 2023
Home Bahasa Malaysia Akaun Telegram, WhatsApp Zahid Hamidi digodam untuk minta wang

Akaun Telegram, WhatsApp Zahid Hamidi digodam untuk minta wang

Akuan media sosial Telegram dan WhatsApp Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam kemas kini di laman Twitter hari ini.
Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau ketika ini dalam proses mendapatkan semula akaun tersebut. Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan  demikian tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here