Seorang wanita warga India tertimbus selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m di hadapan Masjid India, pagi ini.
Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur, Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.22 pagi dan terus menghantar jentera ke tempat kejadian.
Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati terdapat seorang wanita berusia 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.”Kedalaman lubang dianggarkan kira-kira 8m,”katanya dalam kenyataan.
Katanya, tindakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh unit STORM dan Unit Pengesan (K9).