Dakwaan suntik ‘angin’: Jururawat sangat profesional, baik – Khairy

Jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, tampil menangkis dakwaan warganet bahawa beliau membuang cecair vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak sebelum menyuntiknya.Sebaliknya, jururawat yang melaksanakan proses berkenaan sudah melakukannya mengikut prosedur dan protokol ditetapkan.

Melalui klip video yang dimuatnaik di laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM) itu pagi tadi, jururawat berkenaan, berkata proses suntikan yang dilakukan terhadap anak bongsu Khairy itu adalah sama saja dengan yang dibuat terhadap kanak-kanak lain yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, sebelum suntikan dibuat, beliau terlebih dahulu menunjukkan cara mengeluarkan cecair vaksin dari bebuli termasuk isipadu yang diperlukan kepada Khairy dan isterinya, Nori Abdullah. Katanya, apabila berdepan dengan kanak-kanak, beliau tahu kebimbangan mereka terhadap jarum, menyebabkan beliau perlu berinteraksi dengannya untuk mengurangkan kerisauan itu. Ia seperti situasi menang menang iaitu saya boleh suntik dia dengan baik dan dia juga tidak takut dengan saya.

Demi Allah saya tidak ada langsung keluarkan apa-apa (cecair) vaksin, yang tidak masuk ke dalam badan kanak-kanak itu, katanya. Wanita itu berkata, berikutan kanak-kanak terbabit berada berdekatannya, beliau memegang bahunya untuk mengelakkan kanak-kanak itu lari atau bergerak.

Katanya, beliau cuba mengelakkan kanak-kanak itu daripada ternampak picagari yang digunakan untuk menyuntik vaksin berkenaan. Selain itu, beliau berkata, cecair vaksin dalam picagari juga tidak boleh menitis keluar tanpa beliau menolak omboh dan ia perlu dilakukan dengan dua tangan.

Beliau berkata, prosedur untuk menyuntik vaksin juga memerlukannya menarik sedikit udara sebaik saja jarum ditusuk ke tubuh badan untuk memastikan ia tidak terkena saluran darah, sebelum vaksin disuntik masuk. Selepas beri suntikan, saya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa ini adalah vaksin yang sudah masuk dan saya asingkan ke tepi sebelum saya tampalkan plaster kepada lengan kanak-kanak itu katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here