SIDANG KEMUNCAK KL: IMRAN KHAN TIDAK HADIR

KUALA LUMPUR –

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang bermula  hari ini sehingga Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan semalam.

“Dr Mahathir menghargai panggilan daripada Perdana Menteri Imran Khan untuk memaklumkan beliau tidak dapat hadir sidang kemuncak, di mana pemimpin Pakistan itu awalnya dijadualkan berucap dan berkongsi pandangannya berhubung keadaan hal ehwal dunia Islam, “ menurut kenyataan itu.

Sidang kemuncak KL antara lain bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah yang dihadapi dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam serta negara-negara Islam.

Ia juga berhasrat membentuk jaringan kerja pemimpin – pemimpin Muslim, para intelektual, ahli akademik dan pemikir dari seluruh dunia dan menghidupkan tamadun Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here