Reman lelaki pukul, tendang bapa tiri dilanjut

Yan: Tempoh reman lelaki yang memukul dan menendang bapa tirinya disambung sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Suspek berusia 29 tahun itu yang ditahan Selasa lalu selepas polis berjaya mengesannya di Kampung Lubuk Iboi, pada jam 6.45 petang hari sama sejurus bapa tiri mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan sambung terhadap suspek direman bagi membantu siasatan. Beliau berkata, kes masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here