Home Bahasa Malaysia Covid-19 kes baru 30,644

Covid-19 kes baru 30,644

Sebanyak 30,644 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 25 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,367,871 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada 30,644 kes harian yang dilaporkan 156 kes (0.51 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 30,488 kes (99.49 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 22,678 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040, 850 kes.Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 332 kes manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 196 kes, katanya dalam kenyataan harian pada Sabtu. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,591 orang, daripada 3.36 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 14 daripada 57 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau Brought-In-Dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here