Lelaki maut ditembak 3 das ketika memandu

Seorang lelaki maut ditembak ketika sedang memandu di Jalan BRP2/1 Bukit Rahman Putra Sungai Buloh tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang. Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Shafa’aton berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis di talian 03 61561222.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here