KPKT peruntuk RM1 juta bersih runtuhan tanah Taman Bukit Permai 2

Ampang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan kepada Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk membersihkan kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan oleh MPAJ sebaik sahaja kawasan terbabit diisytiharkan selamat.

Bantuan akan ditambah sekiranya diperlukan oleh penduduk setempat dan kementerian lain turut sama diminta membantu mangsa yang terbabit dalam insiden ini. Pada masa sama, kita juga akan meminta jabatan berkaitan untuk melakukan analisa risiko cerun bagi memastikan penduduk setempat berasa selamat berada di kawasan perumahan mereka, katanya.

Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan membuat kajian mengenai kedudukan bukit dan tanah tinggi terutamanya di kawasan Ampang. Kita tidak mahu peristiwa Highlands Tower berulang semula,” katanya yang turut sama membuat tinjauan di lokasi kejadian. Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi meninjau kawasan tanah runtuh di lokasi berkenaan.

Wan Azizah berkata, setakat ini tiada laporan pergerakan tanah baharu dilaporkan dan bekalan elektrik sudah dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Kita harap pihak yang terbabit boleh melakukan kajian susulan mengenai punca insiden ini dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here