22,491 kes baharu Covid-19 semalam

Jangkitan kes baharu Covid-19 meningkat kepada 22,491 kes, semalam berbanding 21,483 kes, kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan 4,054,926 kes kumulatif di negara ini.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh dicatatkan semalam adalah 26,234 kes menjadikan 3,771,463 kes kumulatif atau 93.0 peratus. Daripada jumlah kes baharu semalam, 382 adalah kes import iaitu 364 warganegara 95.3 peratus dan 18 bukan warganegara 4.7 peratus.

Manakala penularan kes tempatan adalah 22,109 kes membabitkan 21,243 warganegara atau 96.1 peratus dan 866 bukan warganegara 3.9 peratus, katanya dalam kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, 332 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 141 kes disahkan Covid-19; 191 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Daripada 22,491 kes harian dilaporkan semalam, Kategori 1 adalah 10,601 kes (47.14 peratus) dan Kategori 2 sebanyak 11,725 kes (52.13 peratus). Kategori 3 pula 71 kes (0.31 peratus); Kategori 4 sebanyak 44 kes (0.20 peratus) dan Kategori 5 sebanyak 50 kes (0.22 peratus),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here