Polis pun siasat juga…

Polis sudah membuka kertas siasatan susulan satu video yang tular di media sosial yang memaparkan lelaki berpakaian seragam anggota keselamatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Menurutnya, setakat ini empat orang saksi sudah dirakam percakapan dan pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, madamluniey dengan menunjukkan seorang individu dikasari oleh individu lain di hadapan kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang. Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sudah menjalankan usah mengesan individu yang terbabit sebaik sahaja klip video itu tular sejak 25 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hazim Hussain di talian, 019-7749678 atau IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Harian Metro hari ini, melaporkan Prasarana sudah menjalankan siasatan susulan sebuah video yang tular di media sosial itu, memaparkan lelaki berpakaian seragam anggota keselamatan Prasarana memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here